Friday, December 17, 2010

SERAHAN BANTUAN WANG PELAJAR MISKIN SELANGOR UPSR & PMR 09 DI MUKIM KALUMPANG






Pada 29 Disember 2009 yang lalu, Majlis Penyerahan Bantuan Wang Pelajar Miskin Selangor UPSR & PMR bagi Mukim kalumpang telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Sukor Ali. Beliau diiringi oleh Encik Tarmizi Karim, Ketua Kampung Pasir Puteh dan Haji Mohd Amin Said, Ketua Kampung Gumut / Titiwangsa.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK MISKIN KAMPUNG KILANG PAPAN PADA 25 DIS 2009





Tuan Haji Abdul Sukor Ali menyampaikan sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam kepada penduduk miskin Kampung Kilang Papan pada 25 Disember 2009.

Wednesday, January 6, 2010

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN PENGARAH PKM SELAMAT PULANG DARI MENUNAIKAN FARDHU HAJI









Alhamdulillah, Tuan Haji Abdul Sukor Ali telah selamat pulang dari menunaikan fardhu Haji di Mekah. Beliau bersama seorang adik perempuannya iaitu Cik Halimaton Ali telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu, 19 Disember 2009 jam 8:30 malam.

Beliau dan adik perempuannya telah disambut oleh hampir seluruh ahli keluarga terdekat yang telah menunggu di Sepang sejak petang lagi. Tiga buah kereta yang dibawa oleh ahli keluarga menyambut beliau di KLIA dan membawa pulang ke kediaman ibunya iaitu Puan Hajah Hamanah di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu.

Setibanya di Kampung Dagang Setia pada jam 1 pagi, beliau terus bertemu dengan ibunya yang setia menunggu di rumah kerana tidak dapat bersama menyambut beliau di KLIA kerana keuzuran.

Bersempena dengan kepulangan Tuan Haji Sukor Ali ke tanah air dengan selamat, suatu majlis kenduri kesyukuran telah diadakan pada Sabtu, 26 Disember 2009 bertempat di rumah beliau di Bernam Jaya, Hulu Bernam.

Majlis Kenduri Kesyukuran yang bermula selepas solat Isyak itu telah dihadiri oleh sanak saudara, sahabat dan rakan seperjuangan, ketua-ketua kampung, ahli jawatankuasa kerja PKM DUN N.05 Hulu Bernam, dan ahli kariah masjid Taman Bernam Jaya. Dianggarkan kira-kira 60 tetamu hadir yang diundang khas ke majlis ini termasuk dari yang dekat iaitu di sekitar Hulu Bernam sehinggalah ke Felda Sungai Sungai Tengi.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, zikir, selawat, doa selamat, dan sedikit ucapan daripada Tuan Haji Sukor. Selepas itu barulah semua tetamu dijemput untuk menikmati juadah yang telah disediakan di perkarangan rumah iaitu di khemah yang disediakan.

Majlis yang diadakan ini cukup sederhana namun suasana kemeriahan dan keceriaan dapat dirasai apabila masing-masing bertanya khabar dan bergaul mesra sambil menikmati juadah yang disediakan dalam suasana muhibbah dan ukhuwwah. Ucapan selamat dan doa daripada tetamu yang hadir menampakkan lagi keberkatan yang dirasai pada majlis ini.