Tuesday, November 17, 2009

TUAN HAJI ABDUL SUKOR ALI BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI







Alhamdulillah, hasrat Tuan Haji Abdul Sukor untuk menunaikan Fardhu Haji ke Mekah bagi mewakili Allahyarham ayahandanya akhirnya tercapai.

Pada tanggal 9 November 2009 lalu (Isnin), Tuan Haji Abdul Sukor bertolak ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya bagi urusan mendaftar masuk (check-in). Beliau diiringi oleh seluruh ahli keluarga iaitu isteri, Puan Hajah Hamidah, anak-anak, cucu, adik-beradik dan saudara-mara terdekat.

Turut berangkat bersama-sama beliau menunaikan Fardhu Haji ke Mekah ialah salah seorang adik perempuannya iaitu Cik Halimaton Ali.

Beliau tiba bersama keluarga di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya kira-kira jam 7:15 malam. Ketika itu suasana di kompleks haji tersebut penuh sesak dengan jamaah haji dan ahli keluarga yang mengiringi jamaah haji. Hujan yang turun pada sebelah petang turut menyukarkan pergerakan di kompleks haji tersebut.

Beliau dan jamaah haji lain dikehendaki mendaftar masuk (check-in) di kompleks haji tersebut pada jam 8:30 malam. Selepas itu barulah seluruh jamaah haji dibawa menaiki bas ke KLIA untuk menaiki penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi.

Tuan Haji Abdul Sukor akan berada di Tanah Suci selama sebulan lebih bagi menyempurnakan Fardhu Haji. Oleh itu segala urusan yang berkaitan dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) akan dipangku sementara oleh Timbalan Pengarah PKM iaitu Encik Yusop bin Ya'acob.

MAJLIS PENYERAHAN MASJID JAMEK AR-RAHMAN, HULU BERNAM









Majlis Penyerahan Masjid Jamek ar-Rahman Hulu Bernam telah diadakan pada Khamis, 5 November 2009 bermula jam 10:45 pagi.

Antara tetamu yang hadir ialah Encik Nor Hisham bin Ahmad Dahlan selaku Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam, dan Jawatankuasa Masjid Jamek ar-Rahman Hulu Bernam.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid. Encik Nor Hisham turut menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan. Antara intipati ucapan beliau ialah beliau berharap dengan adanya masjid baru ini, AJK masjid dapat memainkan peranan penting dalam memeriahkan lagi masjid. Beliau juga mendoakan semoga ahli kariah masjid akan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah.

PEMBERIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 1 KEPADA WARIS MENDIANG CHEW SUAT CHENG



Pada 5 November 2009 yang lalu telah diserahkan pemberian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada waris mendiang Chew Suat Cheng iaitu Encik Tan Seng Kock. Pemberian sumbangan ini telah diserahkan di rumah mendiang iaitu di No. 303, Kampung Baru Kalumpang, Hulu Bernam.

Encik Tan Seng Kock merupakan anak kepada mendiang Chew Suat Cheng, telah menerima wang sumbangan SMUE sebanyak RM1,000 daripada Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun N.05 Hulu Bernam. Pemberian sumbangan RM1,000 ini merupakan Fasa Pertama SMUE daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Mendiang Chew Suat Cheng telah meninggal dunia pada 4 November 2009 lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat Cardiac Arrest Secondary to Hyperkalaemia. Mendiang meninggal dunia pada usia 81 tahun.

PEMBERIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 1 KEPADA WARIS ALLAHYARHAM MD. ISA BIN SABAR



Pada 5 November 2009 bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam, telah diadakan pemberian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada waris Allahyarham Md. Isa bin Sabar iaitu Encik Mohamed bin Sabar.

Encik Mohamed bin Sabar merupakan adik kepada Allahyarham Md. Isa bin Sabar, telah menerima wang sumbangan SMUE sebanyak RM1,000 daripada Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun N.05 Hulu Bernam. Pemberian sumbangan RM1,000 ini merupakan Fasa Pertama SMUE daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Allahyarham Md. Isa bin Sabar telah meninggal dunia pada 25 Oktober 2009 lalu di Hospital Slim River akibat Urosepsis. Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 81 tahun merupakan penduduk Felda Gedangsa, Hulu Bernam.

Wednesday, November 4, 2009

PEMBERIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 1 KEPADA WARIS MENDIANG TAN CHIN KECK



Pada 4 November 2009 yang lalu telah diserahkan pemberian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada waris mendiang Tan Chin Keck iaitu Puan Mok Kuan Thay. Pemberian sumbangan ini telah diserahkan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam.

Puan Mok Kuan Thay yang merupakan isteri kepada mendiang Tan Chin Keck, telah menerima wang sumbangan SMUE sebanyak RM1,000 daripada Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam. Pemberian sumbangan RM1,000 ini merupakan Fasa Pertama SMUE daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Mendiang Tan Chin Keck telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2009 lalu di Hospital Slim River, Perak akibat Severe Pneumonia. Mendiang meninggal dunia pada usia 58 tahun dan merupakan penduduk Taman Hulu Bernam, Hulu Selangor.

PEMBERIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 1 KEPADA WARIS ALLAHYARHAMAH PUTEH BINTI BUYONG SULAIMAN



Pada 4 November 2009 bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam, telah diadakan pemberian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada waris Allahyarhamah Puteh binti Buyong Sulaiman iaitu Encik Abdul Aziz bin Itam.

Encik Abdul Aziz bin Itam yang merupakan anak kepada Allahyarhamah Puteh binti Buyong Sulaiman, telah menerima wang sumbangan SMUE sebanyak RM1,000 daripada Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam. Pemberian sumbangan RM1,000 ini merupakan Fasa Pertama SMUE daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Allahyarhamah Puteh binti Buyong Sulaiman telah meninggal dunia pada 7 Oktober 2009 yang lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat Septicaemia Shok with Multiorgan Failure. Allahyarhamah yang meninggal dunia pada usia 73 tahun merupakan penduduk Kampung Serigala, Sungai Selisek, Hulu Bernam.

PEMBERIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 1 KEPADA WARIS MENDIANG SATIWELL A/L R. NABBU




Pada 29 Oktober 2009 yang lalu telah diserahkan pemberian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada waris mendiang Satiwell a/l R. Nabbu iaitu Encik Kesavan a/l Satiwell. Pemberian sumbangan ini telah diserahkan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam.

Encik Kesavan a/l Satiwell yang merupakan anak kepada mendiang Satiwell a/l R. Nabbu, telah menerima wang sumbangan SMUE sebanyak RM1,000 daripada Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam.

Pemberian sumbangan RM1,000 ini merupakan Fasa Pertama SMUE daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Mendiang Satiwell a/l R. Nabbu telah meninggal dunia pada 27 September 2009 yang lalu di rumah beliau iaitu di Taman Musabika, Kalumpang, Hulu Selangor, akibat sakit tua. Mendiang meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Tuesday, October 20, 2009

PEMBERIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 1 KEPADA WARIS ALLAHYARHAMAH JERIAH BINTI SAARI




Jamuan Hari Raya Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam pada Ahad lalu juga diselitkan dengan acara pemberian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 1 sebanyak RM1000 kepada seorang waris dari Felda Sungai Tengi.

Pemberian itu telah diserahkan kepada Puan Norma binti Mohd. Ali oleh Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah PKM DUN N.05 Hulu Bernam, dengan disaksikan oleh Ketua Kampung Felda Sungai Tengi iaitu Tuan Haji Selamat bin Rakio serta orang ramai.

Puan Norma binti Mohd. Ali merupakan anak kepada Allahyarhamah Jeriah binti Saari yang telah meninggal dunia pada 22 September 2009 lalu di Wad ICU Hospital Sungai Buloh akibat Septicaemia With Upper Gi Bleed. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 68 tahun dan merupakan penduduk Felda Sungai Tengi.

Yang pergi tetap pergi, yang hidup mesti teruskan kehidupan. Semoga kita semua menjadi Hamba Allah yang mendokong keseluruhan agama-Nya.

Monday, October 19, 2009

RUMAH TERBUKA JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) DUN N.05 HULU BERNAM

Pada hari Ahad semalam dari jam 2:30 petang hingga 5:00 petang telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam.

Pelbagai kaum dari segenap lapisan masyarakat telah hadir bagi memeriahkan acara. Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah diterima dengan begitu baik oleh orang ramai dan penduduk tempatan.

Semoga sokongan padu rakyat berbilang kaum ini bertambah kuat dan berterusan kepada Pakatan Rakyat demi perjuangan keadilan dan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, taraf ekonomi dan pegangan politik.

Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan Majlis Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam.

PAKATAN RAKYAT BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT

RUMAH TERBUKA PAS KAW HULU SEL

Pada 17/10/09 jam 02.30pm hingga 07.00pm bertempat di Dewan Orangramai Sg Selisek telah berlangsungnya jamuan hariraya PAS kaw Hulu Selangor. Kehadiran penduduk tempatan adalah diluar jangkaan, ini kerana mereka telah boleh menerima PAS dan mereka tidak lagi terbelenggu dengan ketakutan sesama manusia. Mari kata tatap gambar di awal majlis tersebut (bateri kemera habis ketika majlis baru bermula). Terima kasih kepada semua yang hadir...