Tuesday, October 20, 2009

PEMBERIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 1 KEPADA WARIS ALLAHYARHAMAH JERIAH BINTI SAARI




Jamuan Hari Raya Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam pada Ahad lalu juga diselitkan dengan acara pemberian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 1 sebanyak RM1000 kepada seorang waris dari Felda Sungai Tengi.

Pemberian itu telah diserahkan kepada Puan Norma binti Mohd. Ali oleh Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah PKM DUN N.05 Hulu Bernam, dengan disaksikan oleh Ketua Kampung Felda Sungai Tengi iaitu Tuan Haji Selamat bin Rakio serta orang ramai.

Puan Norma binti Mohd. Ali merupakan anak kepada Allahyarhamah Jeriah binti Saari yang telah meninggal dunia pada 22 September 2009 lalu di Wad ICU Hospital Sungai Buloh akibat Septicaemia With Upper Gi Bleed. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 68 tahun dan merupakan penduduk Felda Sungai Tengi.

Yang pergi tetap pergi, yang hidup mesti teruskan kehidupan. Semoga kita semua menjadi Hamba Allah yang mendokong keseluruhan agama-Nya.

No comments: