Tuesday, October 20, 2009

PEMBERIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) FASA 1 KEPADA WARIS ALLAHYARHAMAH JERIAH BINTI SAARI




Jamuan Hari Raya Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam pada Ahad lalu juga diselitkan dengan acara pemberian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 1 sebanyak RM1000 kepada seorang waris dari Felda Sungai Tengi.

Pemberian itu telah diserahkan kepada Puan Norma binti Mohd. Ali oleh Tuan Haji Abdul Sukor bin Ali selaku Pengarah PKM DUN N.05 Hulu Bernam, dengan disaksikan oleh Ketua Kampung Felda Sungai Tengi iaitu Tuan Haji Selamat bin Rakio serta orang ramai.

Puan Norma binti Mohd. Ali merupakan anak kepada Allahyarhamah Jeriah binti Saari yang telah meninggal dunia pada 22 September 2009 lalu di Wad ICU Hospital Sungai Buloh akibat Septicaemia With Upper Gi Bleed. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 68 tahun dan merupakan penduduk Felda Sungai Tengi.

Yang pergi tetap pergi, yang hidup mesti teruskan kehidupan. Semoga kita semua menjadi Hamba Allah yang mendokong keseluruhan agama-Nya.

Monday, October 19, 2009

RUMAH TERBUKA JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) DUN N.05 HULU BERNAM

Pada hari Ahad semalam dari jam 2:30 petang hingga 5:00 petang telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam.

Pelbagai kaum dari segenap lapisan masyarakat telah hadir bagi memeriahkan acara. Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah diterima dengan begitu baik oleh orang ramai dan penduduk tempatan.

Semoga sokongan padu rakyat berbilang kaum ini bertambah kuat dan berterusan kepada Pakatan Rakyat demi perjuangan keadilan dan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, taraf ekonomi dan pegangan politik.

Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan Majlis Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN N.05 Hulu Bernam.

PAKATAN RAKYAT BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT

RUMAH TERBUKA PAS KAW HULU SEL

Pada 17/10/09 jam 02.30pm hingga 07.00pm bertempat di Dewan Orangramai Sg Selisek telah berlangsungnya jamuan hariraya PAS kaw Hulu Selangor. Kehadiran penduduk tempatan adalah diluar jangkaan, ini kerana mereka telah boleh menerima PAS dan mereka tidak lagi terbelenggu dengan ketakutan sesama manusia. Mari kata tatap gambar di awal majlis tersebut (bateri kemera habis ketika majlis baru bermula). Terima kasih kepada semua yang hadir...